Sunday 1 July 2012

LATIHAN 1

LATIHAN KERJA RUMAH 6BG.

Siapkan latihan ini dan hantar pada hari Khamis 5 Julai 2012.

1.  Terangkan empat faktor yang perlu dipertimbangkan semasa perancangan susunatur ?       [4]


2.  Nyatakan susun atur yang paling sesuai untuk setiap organisasi atau projek berikut dan terangkan sebab anda 
     memilih susun atur tersebut.
    i.                    Pasaraya Maju
    ii.                  Pembinaan rumah teres
    iii         Stesen mencuci kereta      
    iv.        Kilang memproses batik                                                                          [12]

3.   Keputusan penting yang perlu dibuat dalam pengurusan pengeluaran ialah memilih alternatif penyusunan
      peralatan dan stesen kerja operasi. Terangkan secara ringkas tiga jenis susun atur yang boleh
     dipertimbangkan.                                                                                   [9]

JAWAPAN LATIHAN TUTORIAL 1

1.    Dengan menggunakan pisang sebagai contoh, nyatakan perbezaan antara
            barangan konsumer  dengan barangan industri.                  [3]

Dimensi
Produk pengguna
Produk Industri
 Pembeli
·         Produk yang dibeli oleh pengguna akhir/ individu/ isirumah ½
·         Dibeli pengguna industri/organisasi perniagaan  ½
Kegunaan
·         Untuk kegunaan sendiri/peribadi
·         digunakan dalam operasi pengeluaran / untuk dijual semula/sebagai bahan mentah
Contoh
Pisang yang dibeli ibu untuk  di masak bagi kegunaan makanan dirumah
Pisang yang  dibeli oleh oleh kilang kerepek untuk menghasilkan kerepek yang akan dipasarkan kepada pengguna dan pembekal lain.

2.       Nyatakan perbezaan antara fungsi persekitaran umum dengan fungsi persekitaran tugas. [2]
Dimensi
Persekitaran Umum
Persekitaran Tugas
Liputan
Faktor yang luas dan menyeluruh  ½
Faktor yang khusus melibatkan pihak-pihak      yang berkepentingan terhadap  perniagaan.  ½.
Kesan
Terlibat secara tidak langsung  dengan operasi perniagaan/ semua industri.  ½
Terlibat secara langsung dalam setiap   tindakan pengurusan perniagaan/ firma.  ½
Kawalan
Faktor ini sukar dijangka /dikawal oleh pihak pengurusan. ½
Faktor ini boleh dijangkakan/   boleh dikawal oleh pihak pengurusan.  ½
Perbezaan dari mana-mana 2 dimensi




3.    Berikan tiga peringkat pengurusan, dan terangkan perbezaan ketiga-tiga peringkat
      tersebut.                                                                                      [3]

Pengurusan atasan
P. Pertengahan
P. Bawahan
Tugasan perancangan
Perancangan strategi/ jangka panjang   ½
Perancangan taktikal/ jangka sederhana   ½
Perancangan operasi/ jangka pendek   ½
Skop
Untuk keseluruhan organisasi   ½
Untuk jabatannya  ½
Untuk unit kerja.  ½


5. Jelaskan empat perbezaan antara perniagaan domestik dengan antarabangsa.
[8]
Aspek
Perniagaan Domestik
Perniagaan Antarabangsa
Aktiviti
Aktiviti perniagaan dijalankan dalam sesebuah negara[1]
Aktiviti dijalankan antara dua /lebih negara[1]
Kesukaran
Aktivitinya mudah dan tidak kompleks
Aktiviti kompleks kerana terikat dengan peraturan negara lain/bahasa/undang-undang dll
Tukaran wang
Melibatkan penggunaan satu matawang sahaja
Melibatkan pertukaran antara dua/lebih matawang
Jenis keluaran/ produk

Keluaran yang dihasilkan adalah seragam bagi
memenuhi keperluan pengguna yang tidak jauh berbeza
Keluaran dihasilkan berbeza antara negara bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai
-cth: kereta – stering kanan, alat pemanas dalam kereta dll
Kos pengangkutan
Melibatkan kos pengangkutan yang rendah
Kos pengangkutan tinggi
[4 aspek Perbezaan yang sama x 2m=8m]

TUTORIAL 3

SOALAN BENTUK KES/ APLIKASI
v  Baca soalan iringan kes  untuk ketahui kehendak khusus soalan
v  Baca kes dan gariskan fakta kes yang releven dengan kehendak soalan
v  Kaitkan kes dengan fakta yang DIPELAJARI. Jawapan semata-mata dari kes tanpa kaitan FAKTA tidak diterima.
v  Huraian mesti dikaitkan dengan nama individu, syarikat, tempat/ produk yang difokuskan dalam kes.

v  Cth :  STPM 2009 :
Puan Azlina merupakan Pengurus Kanan yang bertanggungjawab terhadap operasi dan pentadbiran am di Syarikat Mutiara Antarabangsa Sdn. Bhd. Beliau telah bekerja selama 15 tahun sejak keluar dari institusi pengajian tinggi awam dengan ijazah sarjana muda. Walaupun beliau sudah selesa dengan gaji dan kelayakan yang ada, namun kini beliau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana secara separuh masa. Di samping itu juga, beliau sering mengikuti kursus dan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman.

Dalam mesyuarat belanjawan bersama dengan Ketua Jabatan di bawahnya, Puan Azlina berhadapan dengan beberapa permohonan peruntukan kewangan. Walau bagaimanapun, sumber kewangan yang ada tidak cukup untuk menampung kesemua permohonan tersebut. Beliau terpaksa memilih sama ada permohonan belanjawan untuk latihan kakitangan atau pembelian komputer untuk kegunaan pejabat. Di samping itu terdapat juga permohonan untuk membeli perabot pejabat yang baharu bagi menggantikan perabot lama yang usang. Puan Azlina faham bahawa beliau perlu membuat keputusan yang sukar dan mencuba mengingati prinsip-prinsip pengurusan berkesan untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

Merujuk kepada kes Puan Azlina,
a)      kenal pasti dua ciri yang sesuai mengikut Stephen R. Covey tentang tabii orang yang sangat efektif,  dan nyatakan ciri-ciri tersebut.                [10]

Cadangan jawapan:
Ciri (1m)
Huraian (definisi/konsep (2H x1)
Bukti kesesuaian dengan fakta dalam kes (2x 1m)
Tajamkan gergaji  [1]
·         Tabii suka meningkatkan kemahiran/ pengetahuan [1]
·         Berusaha meningkatkan pembaharuan/pembangunan diri.[1]
·         Puan Azlina bertindak melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana secara separuh masa.[1]
·         Mengikuti kursus & latihan[1]

Utamakan yang utama  [1]
·         Menyenaraikan aktiviti mengikut keutamaan  [1]
·         Memberi keutamaan kepada yang lebih penting dahulu  [1]
·         Bajet yang ada terhad/ sumber kewangan tak cukup  [1]
·         Pn Azlina terpaksa memilih di antara 3 projek iaitu latihan kakitangan, pembelian komputer atau menggantikan perabot lama. [1]

LATIHAN TUTORIAL 3 (contoh bentuk kajian kes STPM 2012 Penggal 1, Sistem Modular)
RHB ISLAMIC BANK BERHAD
RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh kumpulan perbankan RHB di Malaysia yang merancang untuk melebarkan sayapnya ke Indonesia dan beberapa negara yang telah diterokai Kumpulan RHB. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Rani Lebai Jaafar berkata pasaran perbankan Indonesia menawarkan peluang yang cukup besar kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Walau bagaimana pun RHB Islamic perlu mengukuhkan kedudukannya di Malaysia terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan besar untuk ke luar negara.
Berdasarkan prestasi kewangan RHB Islamic, ianya telah berjaya mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 52% kepada RM137.8 juta bagi tahun 2011 berbanding RM90.6 juta tahun sebelumnya. Keadaan ini disokong oleh kejayaannya mendekati pelanggan dengan  memperkenalkan perbankan bergerak “Bank on Wheel” di samping keupayaan pekerjanya yang sentiasa menghasilkan produk berinovasi dan kompetitif sehingga menjadikan bank ini salah satu bank pilihan ramai. Pada tahun ini juga, RHB memperkenalkan Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam “Ar-Rahnu” di Kelantan. Menurut Pengarah Urusannya, Kelantan terpilih kerana ia terkenal sebagai pusat perniagaan kecil-kecilan utama di negara ini dan secara keseluruhannya, wanita  di negeri itu ramai berkecimpung dalam bidang perniagaan serta gemar memiliki emas untuk perhiasan dan sebagai simpanan”.
Di samping itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membuka peluang luas untuk RHB membuat penumpuan kepada pembiayaan sektor minyak dan gas, prasarana dan beberapa projek lain.
Dalam usaha menarik orang ramai untuk menggunakan perkhidmatannya, RHB Islamic telah mengadakan  kerjasama dengan KWSP menggunakan perkhidmatan eHR2 yang membolehkan majikan membayar caruman pekerja secara online. Pencarum juga boleh menyemak penyata KWSP di bank ini dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa.
Segala usaha dan kejayaan yang dicapai mendorong pihak RHB Islamic mempelbagaikan produk yang ditawarkan. Antara jenis perkhidmatan yang disediakan ialah kad kredit, deposit, pembiayaan kewangan , pengurusan harta dan kad debit yang terdiri dari kad kredit platinum, kad kredit emas, akaun simpanan semasa dan berjangka, pembiayaan rumah, kenderaan dan ekuiti dan sebagainya.
(Sumber: Utusan Malaysia 16/4/2012; Laman berita KWSP 6/5/2012; Bernama 28/4/2012)

Soalan:

a)   Berdasarkan kes di atas, 
a) jelaskan tiga faktor persekitaran umum dan tiga faktor persekitaran tugas yang mempengaruhi prestasi perniagaan RHB Islamic Berhad  [18]
b)  
b)   Jelaskan jenis lini produk yang ditawarkan oleh RHB Islamic Berhad.                   [12]                                    






"Kredit kepada JU Negeri dan MPM yang bersama-sama membina kajian kes ini.