BAB 1: Perniagaan dan Persekitaran
1. Berikan empat faktor pengeluaran bagi perniagaan. [1999] [2]
2. Nyatakan empat tahap yang dilalui oleh sesebuah kitaran ekonomi. [1999] [2]
3. Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat. [2000] [3]
4. Jelaskan maksud perniagaan tahap huluan dan berikan contoh. [2000] [1½]
5. Senaraikan enam elemen persekitaran umum organisasi. [2001] [3]
6. Dari segi perundangan, bandingkan ketiga-tiga entiti perniagaan yang berikut.
a) Perkongsian
b) Syarikat Sendirian Berhad
c) Koperasi [2001] [3]
7. Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada ekonomi negara. [2002] [3]
8. Nyatakan tiga perbezaan selain daripada faktor perundangan antara organisasi
perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan. [2002] [3]
9. Galurkan hubungan antara perkembangan ekonomi negara dengan pelanggan. [2003]
[2]
10. Huraikan tiga sumbangan sektor swasta kepada negara. [2003] [3]
11. Jelaskan maksud perniagaan tahap tertier dan berikan empat contoh perniagaan
tersebut. [2004] [3]
12. Dengan menggunakan contoh industri minyak kelapa sawit, jelaskan bagaimana proses
tambah nilai berlaku. [2004] [2 ½ ]
13. Nyatakan empat konsep asas perniagaan. [2005] [2]
14. Nyatakan dua sebab mengapa seorang peniaga keempunyaan tunggal sanggup
menggunakan lebih masa dan usaha untuk mengurus perniagaannya. [2005] [2]
15. Jelaskan maksud jaringan perniagaan. [2006] [2]
16. Dengan menggunakan pisang sebagai contoh, nyatakan perbezaan antara barangan
konsumer dengan barangan industri. [2006] ]3]
17. Nyatakan kepentingan persaingan dan sosiobudaya kepada organisasi perniagaan.
[2007] [2]
18. Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan industri, dan berikan
contoh. [2007] [3]
19. Nyatakan tiga kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan. [2008] [3]
20. Nyatakan perbezaan antara fungsi persekitaran umum dengan fungsi persekitaran
tugas.[2008] [2]
21. Nyatakan empat isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus pada masa hadapan. [2009]
[2]
22. Perihalkan dengan ringkas bagaimana kenaikan gaji kakitangan awam menyumbang kepada
pendapatan negara. [2009] [3]
23. Jelaskan maksud untung. [2010][3]
24. Nyatakan dua kebaikan perkongsian. [2010] [2]
25. Nyatakan dua kepentingan masyarakat kepada perniagaan. [2011] [2]
26. Perihalkan tiga tahap perniagaan yang wujud dalam kegiatan ekonomi sesebuah negara. [2011] [3]
No comments:
Post a Comment