BAB 1 (PERNIAGAAN & PERSEKITARAN)
BAHAGIAN B.
1999
1. a) Huraikan proses perniagaan [3]
b) Jelaskan dengan ringkas mengapa perniagaan penting kepada ekonomi. [7]
c) Nyatakan lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan.
Dengan memberikan contoh, jelaskan bagaimana persekitaran tersebut
mempengaruhi perniagaan. [15]
2000
2. a) Proses perniagaan melibatkan tiga peringkat , iaitu
I. membangunkan keluaran
ii. menguruskan permintaan
iii. memenuhi pesanan
Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan setiap peringkat tersebut.[6]
b) Persekitaran fizikal adalah merupakan salah satu faktor penting dalam
pembangunan ekonomi di Malaysia. Jelaskan usaha-usaha yang telah dan
sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantapkan persekitaran fizikal
perniagaan di Malaysia. [15]
c) “ Pelanggan dan pembekal merupakan dua pihak yang memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan,” Jelaskan
pernyataan ini. [4]
2001
3. a) Huraikan perkaitan antara peranan sektor swasta, sektor awam dan badan-
badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [7]
b) Dengan memberikan contoh, jelaskan peranan firma kecil dalam industri
barangan elektronik. [6]
c) Huraikan empat unsur persekitaran tugas yang mempengaruhi sesuatu
perniagaan. [12]
2002
4, a) Terangkan empat persekitaran umum dan bincangkan bagaimana setiap
persekitaran tersebut mempengaruhi prestasi perniagaan. [12]
b) Bincangkan proses perniagaan bagi sebuah kilang membuat basikal. [13]
2003
5. a) Jelaskan kepentingan perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
manusia. [5]
b) Bincangkan peranan pengurusan permintaan kepada sesebuah perniagaan. [8]
c) Jelaskan kesan persekitaran umum perniagaan yang berikut terhadap industri
komputer di Malaysia.
i. Politik dan perundangan
ii. Sosial
iii. Ekonomi
iv. Teknologi [12]
2004
6. Restoran Nasi Kandar Pak Teh merupakan sebuah perniagaan yang sedang
berkembang pesat. Pak Teh sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan
perniagaannya secara milikan tunggal. Oleh sebab pertambahan pelanggan yang begitu
pesat, Pak Teh memikirkan untuk mengembangkan perniagaan restorannya dengan
menubuhkan beberapa cawangan. Beliau memikirkan untuk menubuhkan syarikat
sendirian berhad tetapi tidak pasti akan keberkesanannya.
Dikehendaki
a) Jelaskan kelemahan-kelemahan perniagaan milikan tunggal yang mungkin
dihadapi oleh Pak Teh. [10]
b) Berikan nasihat anda kepada Pak Teh tentang cadangan beliau untuk
menubuhkan syarikat sendirian berhad bagi mengendalikan rantaian restorannya. [15]
2005
7. a) Jelaskan mengapa entiti perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal dianggap
sesuai bagi perusahaan kecil. [5]
b) Dengan memberikan contoh, huraikan pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan.[12]
c) Huraikan kepentingan persekitaran fizikal terhadap pembangunan perniagaan. [8]
2006
8. a) Huraikan lima cabaran yang akan dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada masa
hadapan. [10]
b) Huraikan bagaimana faktor yang berikut dapat menggalakkan industri
pelancongan di negara kita.
(i) Sosiobudaya
(ii) Ekonomi
(iii) Kerajaan
(iv) Fizikal [10]
c) Jelaskan kepentingan untung kepada perniagaan. [5]
2007
9. a) Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara. [13]
b) Jelaskan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam
berhad. [12]
2008
10. a) Dengan merujuk kepada perniagaan di Malaysia, jelaskan kepentingan
perniagaan kepada pihak yang berkepentingan. [15]
b) Dengan memberikan contoh, jelaskan bagaimana faktor persekitaran umum ,
iaitu teknologi dan sosial dapat menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan
industri perbankan Islam di Malaysia. [10]
2009
11. a) Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran teknologi, dan sejauh manakah
persekitaran teknologi dapat memberikan impak positif kepada perniagaan? [10]
b) Jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap perniagaan primer, sekunder dan tertier bagi
penghasilan produk kasut sukan. [15]
2010
12. a) Jelaskan empat peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi negara. [12]
b) Huraikan faktor yang mendorong peniaga mengubah entiti perniagaan daripada bentuk perkongsian kepada syarikat sendirian berhad. [13]
2011
13. a) Dengan menggunakan contoh produk beras,
i. Jelaskan maksud perniagaan ekstraktif, barangan industri dan barangan konsumer, dan [6]
ii. Jelaskan perkaitan antara perniagaan ekstraktif, barangan industri dan barangan konsumer. [6]
b) Jelaskan empat kepentingan keuntungan perniagaan kepada setiap yang berikut:
i. Pemilik sesuatu perniagaan
ii. Masyarakat
iii. Negara [13]
Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740
ReplyDelete