Friday 29 June 2012

TUTORIAL 1

» Strategi menjawab soalan yang meminta untuk "membandingkan"  dan "bezakan"


BANDINGKAN -       Boleh jadi Persamaan,  Perbezaan atau kedua-duanya.


PERBEZAAN :
  • Huraikan perbezaan sahaja
  • Buat jadual
  • Tentukan “DIMENSI” @ “ASPEK” perbezaan


Contoh soalan :  Bezakan........
1.   Jelaskan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad.   [12]
INGAT !  
✏  Gariskan/ serlahkan kehendak soalan
✏  Catat dimensi yang membezakan keduanya ditepi soalan.
✏  Buat jadual

Contoh jawapan:

Syarikat Sdn Bhd. (SSB)
Syarikat Awam Bhd. (SAB)
Bilangan pemilik
Sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham dan maksimum 50 orang pemegang saham (1m)
Sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham tetapi tiada jumlah maksimum (terhad kepada bilangan saham berbayar) (1m)
Pemilikan saham syarikat
Pemilikan syer terbuka kepada sekumpulan orang persendirian sahaja (1m)
Pemilikan syer terbuka kepada orang ramai melalui pasaran saham/bursa saham (1m)
Laporan kewangan
Laporan kewangan hanya perlu diumumkan kepada pemilik syarikat sahaja (1m)
Laporan kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai melalui media massa cetak/eletronik (1m)
Pendaftaran dan nama syarikat
Perkataan ‘Sdn Bhd’ perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada nama syarikat (1m)
Perkataan ‘Bhd’ perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada nama syarikat (1m)
Pengurusan
Lembaga pengarah mesti dilantik daripada pemegang syer.  Sekurang-kurangnya seorang pengarah akan mengurus syarikat. (1m)
Lembaga pengarah tidak semestinya dilantik daripada pemegang syer.  Sekurang-kurangnya dua orang pengarah akan mengurus syarikat. (1m)
SumberModal
Sumber modal terhad (1m)
Mudah mendapat modal yang besar (1m)
Pemindahan saham
Terhad, dengan persetujan ahli (1m)
Saham boleh ditukar milik secara Bebas tanpa perlu kebenaran pemilik lain.(1m)
 ✏  Pastikan jawapan diberi dengan ayat yg lengkap dan jelas  walaupun dicatat dalam 
          jadual.


Contoh soalan : bandingkan..........

2.  Dari segi perundangan, bandingkan ketiga-tiga entiti perniagaan yang berikut.
            a)         Perkongsian
            b)         Syarikat Sendirian Berhad
            c)         Koperasi                                            [3]
  ✏  Bandingkan dari segi persamaan dan perbezaan 
     Ingat ! hanya banding dimensi perundangan sahaja 

Jawapan :


Pendaftaran
Keahlian
Liabiliti
Akta
Perkongsian
Pendaftar Perniagaan

2-20 orang
Tidak Berhad
Akta Perkongsian 1961 (pindaan)
Syarikat Sdn Bhd
Pendaftar Syarikat
2 – 50 orang
Berhad
Akta Syarikat 1965
Koperasi
Jabatan Pembangunan Koperasi
Tidak kurang dari 100 orang
Berhad
Akta Koperasi 1948
                                              
LATIHAN TUTORIAL 1

1.  Dengan menggunakan pisang sebagai contoh, nyatakan perbezaan antara barangan
     konsumer dengan barangan industri.                             [3]        
2.  Nyatakan perbezaan antara fungsi persekitaran umum dengan fungsi persekitaran tugas.
     [2]
3.  Berikan tiga peringkat pengurusan, dan terangkan perbezaan ketiga-tiga peringkat
     tersebut.                                                                                                                          [3]
4.  Dengan memberikan contoh, bezakan konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran
     autoriti  dalam pengurusan organisasi.              [4]
          
5.  Jelaskan empat perbezaan antara perniagaan domestik dengan antarabangsa.  [8] PCB 2010

                    « SELAMAT MENCUBA »
                                         





2 comments:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete
  2. kalau soalan bandingkan pemilikan perniagaan koperasi dengan perniagaan lain macam mana nak buat

    ReplyDelete